Bismillahirrahmanirrahim.
Kata en. Jamil, "Life is so fani."Kerana konunikasi, perkara sekecil semut boleh jadi besar macam perang Sulu.Er..exterme sangat ke?Abaikan~
Saya tak suka bergaduh. Sangat tak suka.Bergaduh selalu bikin penat. *kan Inchik Eks?* Uhuk3~
Bergaduh tandanya dalam hati ada benci.Ada teka-teki. Ada sangka-sangki..eh, sangka-sangka.Tandanya dalam hati ada perkara yang tak setel.
Banyak tips dari pakar motivasi hebat mengatakan bahawa, kalau kita marah - ambil masa untuk berfikir secara rasional. Ambillah sebanyak mana pun masa. Yang penting, berfikir.Fikirkan sikap dan sifat kita.Perangai kita yang menjadi asbab dan akibat kepada sesuatu yang negatif.Sambil-sambil zikir dan doa supaya Allah ilhamkan jalan dan jawapan.Lama-lama hati mesti jadi tenang.Bila tenang, akal lebih adil menimbang.
Konflik yang begini kerapkali terjadi antara saya dan sahabat, kawan-kawan dan adik-beradik.Bila difikir-fikirkan dengan mendalam dan ditimbang-timbang nilai kesalahan & kesilapan saya atau mereka.Konklusinya akhir saya cuma satu; "Ya Allah, aku sayangkan budak ni / dia / mereka!". Disusuli dengan doa yang tak berhenti.
Bila hati tenang, yang hadir cuma rasa sayang... Sayang kerana Allah..Kerana sayang itu, tindakan dibuat.Sama ada tindakan itu difahami atau tidak, wallahu'alam.Allah sebaik-baik penjaga hati.
Dan komunikasi, adalah alat paling berkesan untuk memahami hati sesama manusia ; hamluminnanas. Kalau kita faham itu, insyaAllah kita pasti akan lebih berlapang dada dan berbaik sangka.
p/s : Esok hari penting untuk Inchik Eks. Sila pakai 'hati' yang paling ikhlas, sejahtera, tenang dan optimis ye. Wajib. :)

No comments:
Post a Comment