Bismillahirrahmanirrahim.
Pesan Kiyai AaGym, kesabaran itu ada tiga perkara :1. Sabar dalam menluruskan niat.2. Sabar dalam berusaha.3. Sabar dalam menantikan hasil.
Alhamdulillah. Hari pertama bekerja (semula) kelihatannya positif. Jenih dari pemikiran yang runsing-runsing. Biar penat meng'edit' berpuluh-buluh surat; itu tidak pernah terbanding dengan segala nikmat yang Allah beri.
Nikmat tenang. Nikmat bersaudara. Nikmat bersahabat. Nikmat bersama membina diri. Alhamdulillah.
Awal, saya tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan memilih wadah @ WADAH ini. Sejujurnya, saya sudah membuat pilihan lain sebelum ini. Namun, jauh di sudut hati, pilihan itu terlalu memberat untuk diluahkan. Mungkin untuk menunggu waktu yang sesuai. Begitupun, waktu berlalu dengan sangat pantas. 'Kejadian' demi 'kejadian' berlaku. Memaksa saya untuk memilih sesuatu yang datang tiba-tiba.
Bunyinya seperti saya memilih ini untuk 'sesuatu'. Kerana sesuatu. Kerana menjaga 'sesuatu'. Untuk kebaikan 'sesuatu' @ 'seseorang'.Wallahu'alam.
Bak kata Kiyai AaGym. Bersabar dalam meluruskan niat. Kerana itu sangat susah, makanya ia perlu mujahadah. Berniat semata-mata untuk Allah.
Kini, saya cuma mahu buat yang terbaik untuk semua. Untuk keluarga. Untuk kerja-kerja dakwah. Untuk masa depan. Untuk diri. Untuk orang lain yang disayang dan dikasih sepenuh hati.
Teringat pesan adik sayang saya yang seorang ni :
"Sebagai seorang yang sayangkan akak, kadang-kadang kita faham apa dilema akak setahun dua ini. Perjalanan menuju Tuhan memang berliku kak. Tapi itulah yang paling indah. Dan jalan yang berliku itu Allah takdirkan berlaku atas kadar kemampuan kita. Kemampuan kita berbeza-beza. Sebab itu kita tak mampu masuk syurga hanya kerana asbab solat. Lalu Allah sediakan pelbagai amalan dan cara untuk kita dekat dengan Dia. Kalau akak rasa cukup kuat, teruskanlah. Tak siapa menghalang kita untuk dekat dengan Allah dengan cara tu. Akak pun tahu bukan mudah kan? Yang penting perjuangan dalam diri kita. Dalam diri akak. Yang tak siapa tahu."
*Macam tak aci sebab saya tanya soalan lain, tapi dia bagi jawapan ini untuk soalan tersebut. Tapi saya suka ini. Ia terlalu berkait dengan apa yang saya fikirkan sekarang. Alhamdulillah. :)

No comments:
Post a Comment