Tuesday, January 6, 2009

Tuhan...a.K.u rindukan d.i.A....

Sungguh...a.K.u rindukan d.i.A,
d.i.A yang dahulu setia...
Teman dikala berduka,
Teman berbicara...


Ntah kenapa..
Bila d.i.A depan mata,
a.K.u seakan terlepas pandang padanya,
Bila d.i.A tak ada,
a.K.u teringat kisah lama,

Tuhan...a.K.u rindu....
Pada d.i.A,
Kata-katanya,
Nasihatnya,
Pujukannya...

Ku doa..
Moga d.i.A sentiasa bahagia...
Moga d.i.A jumpa apa yang dicarinya,
Moga d.i.A terus tabah menjalani kehidupannya..
Moga d.i.A bahagia, tunduk di sisi-NYA..

~Syukur, KAU temukan a.K.u dengan d.i.A....Alhamdulillah...
~dan Syukur..KAU pisahkan a.K.u dan d.i.A...Alhamdulillah...
(segalanya punyai hikmah yang nyata....)

~aLkiSah...hAti...


"Hati ini Allah yang pegang...kalau DIA mahu mengubahnya, dalam sesaat sahaja sudah cukup...'kun fayakun..' bila DIA kata 'jadi!' maka 'jadilah!'...."

Kata-kata ini a.K.u selalu sebut pada diri. Sedar bahawa hati ini terlalu lemah. Maka a.K.u pujukkan dengan hakikat sebenar akan hati itu sendiri. Ia raja. Akal, penasihatnya. Jika penasihatnya buruk, buruklah hatinya. Akal memimpin hati memilih jalan. Akal yang terdidik memimpin hati menuju TUHAN. Dan tubuh badan ini, askarnya. Setiap perbuatan yang terlahir dari anggota tubuh, merupakan imbasan atau cerminan hati si pelakunya...Bila hati di didik dengan kebaikan. InsyaAllah, baiklah kesannya dan sebaliknya jika dididik dengan keburukan, maka buruklah perlakuanya...Subahanallah...begitu sempurna ciptaan-NYA...

Apapun, entri kali ini akan banyak menyentuh soal hati...

~Alkisah Hati

Kenapa hati sakit…?

Terdapat dua punca utama sakitnya hati. Yang pertama, kerana nafsu yang berlebihan. Nafsu ini boleh sahaja bermaksud keinginan, kehendak ataupun harapan...(anda boleh beri maksud sendiri mengikut ilmu yang anda ada). Adapun bila nafsu ini berlebihan & tidak tertunai, maka sakitlah hati yang berkeinginan kepadanya. Sebagai contoh, Pak Abu memiliki sebuah kereta yang sangat mewah, cantik dan besar. Jirannya Pak Ali sangat berkenan akan kereta tersebut, Tetapi nak dijadikan cerita, Pak Ali ini sangatlah tidak berkemampuan. Makanya, sakitlah hati Pak Ali kerana nafsunya yang tidak tertunai. Selepas itu.....(anda fikirlah sendiri...). Rasionalkan kisah anda dengan situasi semasa. Sedikit 'homework' untuk pembaca entri ini. Hehe.

Adapun sebab yang kedua kenapa hati menjadi sakit adalah kerana kurangnya makanan jiwa. Makanan jiwa bagi manusia adalah iman. Iman ini, andai terkurang sedikit pun, dengan mudah ia akan menyakitkan hati & mengecewakan si pemiliknya. Ia berkaitan juga dengan konsep pergantungan hati pada pemiliknya yang sebenar iaitu. "Hati ini walaupun berada di dalam jasad kita, tetapi ianya bukan milik kita". Jadi, untuk memendekkan cerita, makanan bagi hati adalah iman. Meyakini bahawa hanya tiada Tuhan yang layak untuk disembah melainkan ALLAH dan meyakini bahawa DIA adalah pemilik alam dan seluruhnya. Kefahaman seseorang tentang hakikat ini, akan meminimumkan rasa 'sakit hati' nya apabila apa sahaja yang di ingininya di dunia ini tidak tertunai. Subahanallah.



InsyaAllah, pada entri yang seterusnya, akan di ceritakan pula bagaimana caranya untuk mengubati hati yang sakit..


Wallahu'alam...

Monday, December 29, 2008

~Alkisah...Sang Murobbi...

Mengenang Sang Murobbi

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhan-mu...
(Izzatul Islam—Sang Murabbi)
(tulisan anak murid Ustaz Rahmat Abdullah)

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."
Ustaz Rahmat Abdullah...
Sungguh, kisah Sang Murobbi benar terkesan dalam hati...
Perjuangan seorang aktivis da'wah...dari usia muda hingga ke hujung nyawa...
Kalau tengok sorang-sorang, pasti menitis air mata...
& jika anda ingin tahu & menghayati kehidupan salah seorang tokoh da'wah...carilah kisah ini....
Hayati pengorbanan, keikhlasan & ketegasanya menegak kalimah Allah...
Moga menjadi pengajaran & panduan untuk kita yang masih baru di medan ini...InsyaAllah...

Sangkalah buruk pada diri sendiri....

Ibnu al-Qaiyim berkata: "Sangka baik terbadap diri sendiri menghalang pemeriksaaan yang sempurna. Seterusnya diri akan keliru, memandang kejahatan itu baik dan kecacatan itu kesempurnaan. Tiada sesiapa yang bersangka buruk pada dirinya kecuali orang yang mengenali dirinya. Sesiapa yang bersangka baik pada dirinya, bermakna dia adalah orang yang paling jahil tentang dirinya. (Darjat Muhasabah: Madarij as-Salikin, m.s. 131)

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
~Fikir-fikir...fikir-berzikir.....=D
~Renung-renungkan...& selamat beramal...

Sunday, December 28, 2008

~aLkiSah....macam-macam ada....

Tahun Baru...
Assalamualikum w.b.t... Dengan ingatan tulus ikhlas, kepada sahabat2 yang diingati selalu..a.K.u ucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua. Moga tahun baru ini bakal membuka lebaran baru yang lebih baik dalam hidup kita di dunia mahupun di sana nanti...Pesanan untuk diri & semua, berusahalah sehabis baik untuk menjadi insan-insan yang beriman & bertaqwa hanya pada DIA (Allah). Ameeen...
Azam tahun Baru...
  1. Mahu lebih terkawal (emosi & perlakuan).
  2. Diberikan ketenangan & kekuatan hati.
  3. Mahu lebih fokus.
  4. Mahu terus istiqamah dengan kebaikan...
  5. Mahu jadi hafizah (azam lama...huhu..).

Beberapa hari yang lepas....

Sem baru...rasa tak bersemangat...dengan apa yang telah berlaku, rasa kepala ni dah malas nak berfikir dengan baik. Apa yang ada depan mata, buat je selagi terdaya. Belum puas duduk rumah. Tapi kalau kat rumah pon, belum tentu sesuatu yang baik akan berlaku...hmmm...

  • Add/Drop subject tak selesai....
  • Fokus pada pelajaran tak ada..(sungguh tak bersemangat!)
  • Buku-buku tak beli lagi..
  • Subject specialize bermasalah...(kalau setakat 6-7 org student, bleh proceed ke class tu?)
  • Kerja pun tunggang-langgang lagi...(cemburu tengok orang lain dah tersusun tugasnya...)
  • MY Evo Camp...serah terus pada yang lain tanpa mereka sedar..(malas sangat nak fikir...maaf ya teman2..)

Akhirnya...

  • Terpaksa add subject yang tak di gemari..
  • Layankan je pensyarah tu mengomel..yang penting, nota mesti di salin...
  • Pinjam buku senior....huhu...
  • Tunggu keputusan department utk subject specialize...kalau kena drop, alamatnya 13 kredit hr je lah sem ni...
  • Plan kaderisasi a.K.u tolak tepi....buat je apa yang patut..(selagi tak ada yang bising)...
  • Orang lain buat kerja...a.K.u tunggu report je...kui2...

~tetiba rasa macam jadi PA pd seseorang...(paham2 sendiri la yer...).

Hari ini...

Utlah Rehlah IKRAK, di Ulu Yam. Malam tadi tidur di rumah Abg. Saiful Alwi, tolong Kak Su (Isterinya) masak...perap ayam utk BBQ, buat bihun goreng, sandwich, keledek bakar, dll...(banyaknya makanan...alhamdulillah). Padahal 20 orang je yang datang termasuk keluarga Dr. Amran & adik usrahku yang sangat suka berjalan...

Sedikit mutiara hikmah dari tazkirah Dr. Amran: "kita terpilih untuk berada disini (ulu yam), bukan perkara yang sia-sia. Dan apa yang penting dalam setiap perlakuan kita adalah, bagaimana kita menghubungkannya dengan Allah. Kita kena ingat, alam yang di sekeliling kita ni, semuanya berzikir kepada Allah. Dalam kita bersuka-ria, bergembira,..mandi sungai dan sebagainya, sejauh mana ingatan kita pada Allah. Bangaimana caranya kita mensyukuri nikmat Allah yang tak ternilai. Kadang-kala kita perlukan program seperti ini, kita di dekatkan dengan alam semulajadi...untuk kita kembali semula kepada fitrah kita yang asal... "

~tazkirah Dr.Amran, walaupun ringkas, tapi terkesan di hati...(ada banyak lagi..yang kat atas tu a.K.u buat ayat sendiri...tapi isinya tetap sama...sama2lah ambil pengajaran...InsyAllah...)

~Bertuah juga dapat bertemu Abg. Saiful Alwi, Dr.Amran & Kak Izan (Isteri Dr. Amran)...dapat banyak sangat ilmu...rasa bersemangat sikit untuk meneruskan perjuangan lillahi ta'ala...cuma sangat-sangat perlukan sokongan & tunjuk ajar dari yang lebih tahu..moga Allah tujukkan jalan...Ameen...

Monday, December 22, 2008

alKisAh~ cuti yang tak macam cuti....


Luna Maya yang comel...


Cuti kali ni, memang tak serupa cuti...saje letak gamba budak kecik ni...sbb dia comel sangat macam a.K.u (jangan muntah ye adik-adik...) hehe... Pas balik dari Sri Lanka haritu, pulun lak kat umah untuk kenduri.. balik umah je, esoknya emak anta bapak pi hospital. Alkisah bapak ni sakit gaot & sawan. 2nd time anta pi hospital, Dr. kata demam Chikungunya. Seminggu kat hospital Pontian & sekarang kat Hospital Batu Pahat. Hantar balik sekejap untuk kenduri. Tapi kemuncaknya penyakit bapak menyerang time kenduri tu. Jadilah kenduri tu kenduri air mata sebelum akad nikah kakak. Pengantin lak huru-hara. Pengapit pun tak ada. Kesian sungguh. Nak tak nak, a.K.u lah yang jd pengapitnya. Huhu. Maluuu..

2-3 hari sebelum majlis, rumah a.K.u sangat meriah dengan kehadiran orang-orang 'rewang'. Rewang ni benda wajib tiap-tiap kali ada majlis Walimah kat sini. Yang tudung purple tu la emak a.K.u.. Comel kan? macam anaknya jugak. hehe..



Ini lak makcik-makcik & sepupu a.K.u yang banyak membantu masa 'rewang'.

Yang tengah memanjat tu, sepupu a.K.u a.k.a Pak Abu...hehe.. wat pelamin boleh, pasang bangsal pon boleh (sila cari gambar dia di bawah)...berkebolehan dia ni...he2..Yang kat belakangnya tu, ala-ala rambut tak siap, tu la abang a.K.u. Kat bawah ni dia pakai 'cap'. Tapi bukan dia pengantinnya.

Kat atas ni, gamba ahli-ahli rewang Kg. Parit Ismail...ntah sape-sape...a.K.u pon tak kenal..hehe..Kawan2 bapak semua ni...

Sebenarnya a.K.u nak upload gamba pengantin, tapi tak transfer lagi...tu yang letak gamba yang bebukan ni...kui2...bersambung....

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...