Wednesday, September 21, 2011

Teduh~

Bismillahirrahmanirrahim.


Tunggu Teduh Dulu- FT

Membaca lima tahun dahulu dan kini,
bezanya terlalu ketara.
Sebahagaian besarnya terlalu difahami, telah dilalui dan sedang dihadapi.
Dan sedikit daripada kekuatannya sedang dihayati.
Salsabila Fahim-Impian besar pasti diuji dengan ujian yang besar.
Kerja Tuhan siapa tahu? -Teh Sofia

Tengok tu?
Kan saya dah kata, impian besar pasti diuji dengan ujian besar.
Ayokkkk....
Mujur saya boleh senyum lagi.. ;p


:: Kunni mutayaqinan Ya Rahman Ya Rahim.. Ameen...

Friday, September 16, 2011

Bila Azam dan Janji Diuji

BILA AZAM DAN JANJI DIUJI

Hari-hariku berlalu ceria
Semangatku semakin teguh
Azamku semakin menjulang
Mata hatiku digamit sirna harapan
Pemuda pemudi dakwah
Melakar azam menyatu janji
Bahawa cahaya Islam tidak akan mati

Aduhai, cahaya dan semangat ini
Rupanya tidak utuh
Aduhai, azam dan janji ini
Rupanya belum teguh
Sekonyongnya diuji dipentas dakwah
Janji pemuda pemudi ini melentur lemah
Sekonyongnya diuji untuk bersikap dan berprinsip
Azam pemuda pemudi ini melentur layu
Sekonyongnya diuji oleh tiga “ta”
Sirna harapan jatuh merata

Aduhai, kemana perginya cerita “ahsanal qasas”
Yang memberi semangat memperteguh diri
Bahawa dipentas dakwah pasti diuji
Tidak cukupkah tarbiyyah yang diberi
Tidak bermanafaatkah usrah yang dihadiri
Tidak ampuhkah tamrin yang diikuti
Lalu apa mahunya,
Apakah tiga “ta” juga itu tuntutannya.

Hadirmu dipentas dakwah
Bukan atas kehendakmu
Hadirmu dipanggung sejarah dai’
Bukan atas pilihanmu
Segalanya berjalan atas kehendak Ilahi
Kenapa kamu bersifat kecil diri
Kenapa kamu menjauhkan diri
Bukankah tuhan ingin menolongmu
Menyubur amalan dan kebaikan dirimu
Sebagai bekalan dan sandaran ukhrawimu

Justeru, kembalikanlah kesedaranmu
Perteguh azammu
Penuhi janjimu
Bahawa kita adalah pemuda pemudi harapan Ilahi
Membawa Islam ke mercu tinggi

Nukilan Saudaramu,

DR. ABDULLAH BADE
YDP ABIM SABAH

Thursday, September 15, 2011

*tEntaNg sEsuAtu*

Bismillahirrahmanirrahim.

Tentang Cabaran~

Cabaran paling besar adalah untuk berhadapan dengan kelemahan sendiri, bukan perkara lain. Benar. Ia bukan perkara lain. Ia adalah diri kita sendiri. Mungkin adalah kemahuan & kepentingan-kepentingan diri. Tapi itulah yang paling besar dari perkara lain. Dan titik akhirnya adalah PERUBAHAN. Itu saja ubat paling mujarab melawan kelemahan. Allahu’alam.

Tentang Pejabat~

Sendirian di pejabat, jadi waktu muhasabah yang panjang. Tugasan masih banyak. Dalam kepala terutamanya. Hanya menunggu waktu dicurah satu persatu.

Setahun belajar soal pengurusan. Banyak yang dipelajari lewat pengalaman pahit dan manis. Ditampung perjalanan hidup turun naik. Allah Maha Tahu!

[Ok. Saya dah penat turun tangga semata-mata menunggu Uncle Ravi datang untuk kutip duit surat khabar. Atau saya yang silap jawab bila Uncle Ravi telefon td? Tapi, akhirnya Uncle Ravi sampai juga setelah 4 kali saya turun naik tangga. Terima Kasih Uncle!]- iklan tanpa tajaan

Tentang Sahabat~

Sedar masing-masing sedang melalui satu fasa PERUBAHAN yang panjang. Walalupun tampaknya dalam taman ini kita masih bersama-gembira (mungkin) -ceria (juga mungkin)-berfikir sampai pecah kepala (pasti), tapi kita tahu & kita yakin, Allah ada perancangan terbaik untuk kita. Di sini dan disana. Kan? Kan? Dan akhirnya, perjalanan harus diteruskan. Walau apa sahaja cabaran datang melanda. Kita kan orang matang. Haha. Chill bebeh! \(n_n)/

Tentang Adik~

Menjadi orang yang tahu, belum tentu menjadikan saya orang yang mampu. Adik-adik saya, buah hati, pengarang jantung (cewah~), poyo je... Haha. Tidak dapat saya kisahkan perihal bulan bintang dan cakerawala pada mereka. Kerana bahasa saya tidak seindah itu. Bahasa saya bahasa terang. Jawapan yang jelas. ‘Tidak’ itu maksudnya tidak. Dan ‘jangan’ itu maksudnya, kau masih berhak untuk memilih. Namun, saya cuba untuk tidak berbahasa jika tidak pada waktunya. Jika tidak dari ilham-Nya. Dan jika tidak dari hati kecil yang paling luhur. Selain itu. Saya pilih diam. Walaupun saya tahu. Walau kadang saya tak tahu.



:: Zuhur sudah~ Jom3! ^_^

Wednesday, September 14, 2011

Lebih indah dari biasa~

Ian Haris Ardani

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkara-perkara macam ni memang akan membuatkan kita
tersenyum lebih indah dari biasa.. :)

Tuesday, September 13, 2011

cOuGh~


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. [Selawat Syifa']

Thursday, September 8, 2011

Ayam


Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak ku kata ayam Cirebon lebih enak, tetapi ia tetap berbeza~"



Wednesday, September 7, 2011

Sifat Taqwa~

Bismillahirrahmanirrahim.

*Gambar cilok~

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay: Pernah

Umar: Bagaimana kamu lakukan?

Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.

Umar: Itulah juga sifat taqwa.


:: Hati-hati ya... :)

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...