Thursday, April 26, 2012

Musafir Hikmah.


Bismillahirrahmanirrahim.

Persediaan ke Program Iqra' siri tiga adalah paling ringkas.
Tiada apa-apa.

Pengalaman sepanjang hari ini menarik.
Alhamdulillah.

Dalam LRT, saya habiskan masa dengan membaca. 
Puas hati. Bukan mudah dapat meluangkan masa untuk membaca lagi-lagi bila sedang bekerja.

Di KTM, sebelum menaiki keretapi, duduk disebelah kanan saya seorang Muslimah dari Iran.
Kami berbual tentang bahasa.
Banyak soalannya tentang pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia.
Pelajar PHD di UM. 

Disebelah kiri saya waktu itu, dua orang remaja perempuan.
Salah seorang darinya bercerita tentang pengalamannya 'declare' bersama teman lelakinya.
Saya sekadar senyum. [Bukan dengar dengan sengaja tau..hehe].

Didalam KTM, duduk disebelah kiri saya seorang budak India berumur 3 tahun bersama Ibunya.
Cantik budak itu.
Sekali diletakkan kepalanya ke bahu saya. Mengantuk mungkin. 
*Senyum lagi.
Disatu sisi, seorang remaja cina sedang bermain game di telefon bimbitnya yang berjenama entah apa.
Ah, menyambung pembacaan sambil sesekali menjeling kepada budak India tadi memang seronok.

Mengejar waktu Zuhur dan waktu penerbangan sedikit mendebarkan.
Alhamdulillah, sampai pada waktu yang dirancang.

Dalam kapal terbang, saya sekali lagi terpaksa duduk diantara pakcik bermata sepet dan pakcik berkulit gelap. Alangkah bertuahnya musafir kali ini, bertemu ramai manusia berbeza bangsa. Pakcik berdua ini pun, ramah juga. Alhamdulillah. 

Besar sebenarnya ruang dakwah yang Allah beri sepanjang perjalanan ini.
Ruang berfikir apatah lagi.
Dan yang terbaik, dapat menghabiskan satu buku yang dibekalkan.
Alhamdulillah. 

(n_n)v

Tuesday, April 24, 2012

Kenapa?


"Kenapa setelah usaha kita yang macam-macam, masih juga tidak meyelesaikan masalah?" 
*Diam. Fikir.* 
"Mungkin sebab niat kita tak betul?" 
"Hmm..mungkin.." 
"Atau mungkin, kalau Allah bagi, belum tentu itu yang terbaik. Kan?" 
"Ya juga.." 
"Dan mungkin juga sebab usaha kita tak cukup banyak?" 
*diam* 
"Ha, mungkin sebab Dia nak kita mintak dan merayu pada Dia kan? Mustahil la Dia tak bagi.
Cuma cepat dan lambat je kan?"

Konklusi : Menjawab persoalan dengan persoalan memang best. Ahaks!

Monday, April 23, 2012

*Jam Badan


Baru sekali makan dah tinggal separuh~

Bismilahirrahmanirrahim 
Beberapa minggu ini, jam badan [body clock] saya semakin tidak stabil. Dengan kelewatan tidur setiap malam, banyak jadual hidup terpaksa diubah. Bukan merungut, tapi lebih kepada risau. Tiga Dua bulan ini jiwa, hati, mental dan fizikal harus lebih super kuat dari biasa. Ya, walaupun kuat itu Allah yang bagi, usaha itu kan perlu kerana sunatullahnya begitu. 
Saya sedang cuba menjadikan kesihatan sebagai perkara nombor satu waktu ini. InsyaAllah. Namun dengan hidup yang sedikit ‘semak’, agak sukar sebenarnya. Jadi, kawan-kawan, tolong ingatkan saya ya. Ingatkan saya bahawa saya perlu sihat untuk laksanakan tugas-tugas saya dengan baik. InsyaAllah 
Beberapa tips saya ambil dari sahabat-sahabat untuk dikongsi:
1. Elakkan tidur selepas subuh.
2. Bersenam diwaktu pagi.
3. Tidak meninggalkan sarapan pagi.
4. Solat Dhuha
5. Tidur sebentar waktu tengahari.
6. Makan tengahari dan malam yang berkhasiat.
7. Elakkan tidur selepas asar dan diganti dengan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
8. Makan malam sebelum waktu Isya’.
9. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 4-5 jam.
10. Qiyamullail (bangun awal sebelum Subuh) 
Nampaknya semua rutin diatas sangat sukar untuk dicapai tanpa disiplin yang baik. Apatah lagi, sudah jam dua pagi begini pun, mata masih liat. Dengan bunyi-bunyi pelik dari luar rumah (saya tidak pasti bunyi gril ditolak itu cuma angin atau apa, tapi ia menakutkan). Doa-doa supaya jangan dibiarkan ketakutan saya pada makhluk melebihi ketakutan saya pada-Nya. Nampaknya soal keyakinan dan tawakkal itu hasus ditanam lebih dalam lagi. Setelah usaha yang super duper kuat. InsyaAllah. 
Allahuakhbar.

Wednesday, April 18, 2012

Hakikat keyakinan


 "Setiap keyakinan pasti akan diuji"

Bismillahirahmanirrahim. 
Satu. 
A : Abang yakin pada kami? 
B : Tidak. Abang yakin pada Allah. Pasti ada sebab Allah temukan abang dengan korang. 
*belajar sesuatu* 
*************** 
Dua. 
A : Kau yakin dengan dia? 
B : Tak. Yakin aku pada Allah. Apa pun jawapannya, aku tahu itu adalah yang terbaik dari Allah untuk aku. 
*senyum*  
************* 
Tiga. 
A : Sabar. Allah bagi pahala free. 
B : InsyaAllah. Pasti ada hikmah Allah nak tunjuk disebalik semua kesusahan ni kan?  
C : Cabaran hebat untuk orang hebat. 
*redha*

"..Dan boleh jadi apa yang kamu benci (keburukan) sesuatu perkara itu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka (kebaikan) sesuatu perkara itu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (segala-galanya), sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah, 216)

:: Masakan Dia tidak Tahu? :)

Tuesday, April 17, 2012

Asing


Bismillahirahmanirrahim.

"Manusia yang bertemu di dunia ini adalah mereka-mereka yang ruhnya pernah bertemu di alam ruh dahulu. Mereka pernah berkenalan disana."
-Ustaz Muhadir-

Ya. Ruh kita pernah bertemu sebeluh ia ditempatkan di jasad lagi.
Makanya, kita tidak pernah asing.
Kecuali perasaan itu yang mengasing.

Monday, April 16, 2012

Kita milik Allah..


Bismilahirrahmanirrahim.

Emak saya yang tabah.
Pastinya dia sedang bersedih dengan pemergian kakaknya (mak cik saya)
pagi tadi.

Innalillahiwainna ilaihi rajiun...
Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali.
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)

Al-Fatihah..

Saturday, April 14, 2012

Pernah dulu~

Bismillahirrahmanirrahim. 
Izzat pernah satu kali menegur betapa sukarnya dia menerima cara kerja saya. 
Katanya, “Susah bekerja dengan Kak Dyll. Semua kena ikut cara Kak Dyll. Pendapat orang lain semua susah akak nak terima.” 
Alhamdulillah. Ditegur dan dikritik. 
Jujurnya, saya terkesan. Rupanya ia mengambil masa untuk kita menerima kritikan dan merubahnya menjadi satu sifat yang lebih baik. Perubahan untuk kebaikan. Saya turunkan ego, dan belajar menerima.

Kini, saya cuba sebaiknya tidak mengulang perkara yang sama. Tiga bulan ini akan saya siapkan adik-adik untuk belajar sedikit demi sedikit. Yang penting, saya sedang mencari jalan terbaik supaya sesi pendidikan tiga bulan ini akan menjadi antara waktu-waktu terhebat bagi mereka (Saya merancang, Allah juga yang Maha menentukan segala. InsyaAllah.) 
Saya juga sedaya upaya mendidik ‘degil’ yang ada supaya tidak menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain. InsyaAllah.



:: Maafkan aku geng kalau mulut aku selalu jahat…..

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...