Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam hidup.
Kita takkan selamanya berada di tempat yang sama.
Sama ada dengan sengaja.
Atau dipaksakan.
Kehidupan pasti akan berubah.
Cuma kita.
Sikap kita.
Akan menentukan ke mana arah kita yang seterusnya.
Mendengar lagu ini berulang kali.
Mengingatkan kembali kepada apa yang perlu.
Kepada siapa semua perkara patut dikembalikan.
*************************
Saya mahu berhenti dari menyakitkan orang.
Mahu menjadi anak paling baik dalam hidup kedua Ibu Bapanya.
Mahu menjadi teman terbaik yang lebih banyak mendengar dari berkata-kata.
Lebih banyak menasihat dari marah-marah.
Lebih cuba memahami dari meyalahkan.
Menjadi kakak yang lebih sabar dengan kerenah adik-adiknya.
Adik yang banyak membantu kakak & abang-abangnya.
Sentiasa bersabar dalam melaksanakan kebaikan.
Yakin dengan ketentuan.
& ikhlas meneruskan perjuangan.
InsyaAllah.
dengan izin-Nya jua segalanya mungkin.
"Al-amr bi'l-ma'aruf wa 'n-nahy 'ani'l-munkar bukan sahaja sekadar perbuatan, tetapi merupakan jatidiri dan watak seorang Muslim. Dalam konteks pendidikan, pembinaan ini harus dimulakan dari kecil. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Luqman, dialog antara Bapa dan Anak merupakan watak intergral yang membentuk suasana pendidikan rabbani iaitu pendidikan yang berasaskan nilai-nilai yang baik; ma'aruf." -USF, KTM-
:: Tegur aku bila aku salah..Terima kasih.


