Wednesday, May 30, 2012

Tik Tok~


Bismillahirrahmanirrahim.

“Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”
(Q.S. al – ‘Ashr : 1 – 3)

*******************************
Makrifah dan Mujahadah 
Makrifat itu pengenalan jiwa 
Mengenal jiwa dan mengenal Tuhannya
Mengenal dengan sejelas jelasnya
Tidak kabur tapi jelas nyata
Mujahadah itu perjuangan dan usaha
Makrifat itu menuai hasilnya
Mujahadah itu dalam perjalanan
Makrifat itu matlamat tujuan
Makrifat itu pembuka rahsia
Makrifat itu sendiri rasa
Makrifat itu sagunya
Mujahadah itu memecah ruyungnya. 
~Jalaluddin Rumi.
::  Bila waktu terus berlalu...(poyo..haha)

Sunday, May 27, 2012

I Love Allah..


Bismillahirrahmanirrahim.

Walaupun saya membenci sebilangan besar yang terlakar di Hari Belia Negara.
Yang kononnya memberikan sejuta peluang dan keriangan untuk golongan belia.
Allah Maha Tahu.

Doa-doa agar Allah memberikan kekuatan.
Untuk manusia selemah-lemah iman ini mengusahakan sesuatu.
Cukup-cukup sudah empat (4) hari.
Takkan dibiarkan untuk hari yang terakhir ini tanpa apa-apa usaha.
InsyaAllah.

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 11-12
:: Allah Maha Mendengar...

Tuesday, May 22, 2012

Inchik Superman~


:: Inchik Superman ni ta pakai suar kecik kat lua~

Menilai semula entri lepas. Saya terperasankan satu perkara.
Kata-kata pada kartun Superman itu, sedikit saya tidak setuju.

Minggu lepas saya terbaca satu ayat:

"Kadang-kadang, kebaikan hati kita membebankan orang lain."

Tentang Superman, memang baik jika dapat memberi manfaat pada orang lain.
Tapi adalah lebih dan terbaik jika superman itu ada ilmu.

Nak membantu orang, kalau ada ilmu.
Lebih baik.
Lebih 'betul' cara nak membantu.

Tak gitu?

Lain-lain. 
Fikir-fikir la ye.
(n_n)v

:: Perlu pesan pada superman, nak jadi baik kena pandai mengaji. Hehe. 

Monday, May 21, 2012

Superman~


Bismillahirrahmanirrahim.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " (Riwayat Muslim)

Thursday, May 17, 2012

Alkisah Tiga (3) buku

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sibuk dengan kerja pun, membaca jangan lupa."

Alhamdulillah, dalam sebulan ini dapat menghabiskan tiga (3) buah buku.

sumber: google image.. heee...

Beduk jika tak diketuk takkan berbunyi. 
Begitulah hati, tidak ditegur takkan terasa.
p/s: Untuk geng-geng yang sedang merancang untuk berubah status, sila fokus sungguh-sungguh pada Beduk 28. Hehehe..

Apa yang menarik dalam buku ini adalah pada artikel yang bertajuk 'Dengan Semangat Iqra': Memugar Budaya Ilmu.' oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil. Sedikit petikan dari artikel tersebut; 
"Cita-cita pembinaan masyarakat berasaskan ilmu atau knowledge-based society tidak mungkin terlaksana tanpa dukungan kekuatan nilai ilmu. Justeru, nilai budaya adalah sumber motivasi dan sekaligus pembentuk watak bangsa. Doa 'rabbi zidni 'ilman' harus menjadi amalan harian yang disertai komitmen terhadap pendidikan sepanjang hayat." 
[Habis dibaca diatas awan~ Fiu~] 


"Dengan panjang lebar ibu menjelaskan, sebenarnya sejak ada dalan kandungan aku telah dijodohkan dengan Raihana yang tak pernah kukenal.” Ibunya Raihana adalah teman karib ibu waktu nyantri di pesantren Mangkuyu dan Solo dulu” kata ibu. “Kami pernah berjanji, jika dikarunia anak berlainan jenis akan besanan untuk memperteguh tali persaudaraan. Karena itu ibu mohon keikhlasanmu”, ucap beliau dengan nada mengiba."
Mahu tahu lebih lanjut? Baca sendiri. Hehe.

Wednesday, May 16, 2012

Ibu itu Guru...

Bismillahirrahmanirrahim. 

Bila Emak tanya satu soalan yang menjawab kehendak saya tentang hidup. Saya jawab "Tak nak lain dah. Penat." Emak cuma gelak-gelak.  
Bila sudah letak telefon, baru saya perasan. "Apa aku dah sebut kat Emak tadi??" Aduh. Patut la Emak gelak-gelak. Malu. -.-"
Sempena Hari Guru. Saya aulakan Emak selaku guru saya yang pertama dalam hidup. Yang mengajarkan saya segala macam ilmu. Yang sabar mentarbiyyah saya mengenal Allah. Yang paling setia menemankan saya belajar sewaktu saya exam (walaupun terpaksa tidur lewat dan tahan mengantuk). Mengubat bila sakit (walau sedang penat). Menjagai kami kecil hingga besar (walau tak berapa nak besar). Yang mendoakan dengan pehun kasih sayang sepanjang hidup. 
Lebih dari guru, dia adalah seorang Ibu! *Maafkan saya wish Hari Ibu lambat sehari. Tapi saya pujuk dengan "Setiap hari kan Hari Ibu." *senyum (walaupun Emak tak nampak). Heee.. 
Moga ditenangkan hidup Emak dunia & akhirat. Ameen. *sayang sepenuh jiwa!*
******************

Untuk Kakak juga.
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru.
Mesti seronok Dhiya nyanyikan lagu Ibu Oh Ibu setiap hari.
Hehe.

Tuesday, May 15, 2012

Satu ketika dahulu~ [tuka tajuk]

Bismillahirrahmanirrahim.


Sebuah kisah panjang penuh suka duka~
Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

:: Kita belajar banyak. Kan? ^_^. 

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...