Showing posts with label Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Mengarut. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Hak untuk menilai~


Bismillahirrahmanirrahim. 
"Apa pun yang dia buat sekarang, aku tak ada hak untuk menilai. Pada aku, apa yang dia buat semua betul. Tak ada yang salah." 
"Kenapa?" 
"Bla..bla..bla.." 
"Kau tahu tak apa yang kau buat kat dia tu salah?" 
"Tahu..dan aku rasa Allah dah balaskan pun. Perkara yang sama aku buat pada dia, orang buat juga pada aku." 
"Habis tu?" 
"Aku tak tahu nak buat macamana. Tak tahu macamana nak betulkan keadaan. Aku cuma boleh mintak maaf." 
"Sama macam dulu." 
"Tak, tak sama.. sekurang-kurangnya dulu aku maklumkan. Mintak maaf. Jelaskan. Bagi faham. Kali ini tidak. Tak tahu nak jelaskan macamana." 
*both are speechless*

Tuesday, November 6, 2012

*Cooking is good looking~ (karut.bai)

Bismillahirrahmanirrahim.


Gian nak memasak.
Ini baru fasa 1.
Tunggulah fasa seterusnya.
Bertabah! \(n_n)/

Friday, October 26, 2012

Si kecil yang dikasihan orang

Bismillahirrahmanirrahim.


Bukan kaki aku.
Aku tahu tubuhku kecil,
Orang yang memandang, terus kasihan,
Ditambah muka comelku,
Lagilah..
Ahaha.. Perasan..

Mana mereka tahu,
Aku malah lebih kasihan pada diri,
Sebab selalu dikasihankan orang, 
Padahal..
Akulah orang yang paling tidak patut dikasihankan..
Dikasih itu mungkin..
Gatal~
Haha..
.......................................
Ini entri versi update auto.
Mungkin waktu ini aku sudah dalam perjalanan ke Kudat - Tugasan penting.
Mungkin la..

Tolong doakan aku..
Peace!
Wallahu'alam. 

Monday, September 3, 2012

Flat~




....................


Sunyi.
Ya. Sekarang memang Lebih sunyi.
Kurangnya kawan-kawan 'sebaya' yang rajin nak berkongsi & berbincang.
Kadang-kadang rasa ‘ awkward’ bila berhadapan dengan satu-satu keadaan ; walaupun sebelum ini pernah melaluinya berkali-kali.
Mind-setting ; “Tempat aku bukan di sini.”
Hati dah ke laut. Jiwa ke darat. Minda merewang tinggi ke angkasa nun.
Fizikal ; tinggal tunggu waktu di terbangkan angin~
Walau demi kasih & kasihan, ia masih diturutkan.
MATI ;
tak kira umur- tua, muda, remaja.
Tak kira sakit, sihat, susah, senang.
Tak kira pemimpin, guru, babu. 
Sesungguhnya Allah Lebih tahu bila sampai waktu…

 Apa pun, kesimpulan untuk hari ini ; “Aku masih penat beraya semalam.”

Thursday, June 14, 2012

Santai~


'Assalamualaikum, nama saya Nur Izyan Izani B Mohd. Zaki'
[anak buah nombor enam~]

Bismillahirrahmanirrahim.  
Selesa dengan entri bergambar berteman ayat-ayat al-quran, hadis, kata-kata hukamak / sajak, puisi, lirik lagu – singkat – padat – jitu [eheh] lebih kepada satu corak yang mudah dan simple untuk memenuhkan entri blog. Tipikal untuk orang yang malas menulis tetapi kelihatan rajin meletakkan entri baru setiap hari [upss..kantoi]. 
Mungkin kerana saya jenis yang cepat bosan melihat entri yang sama – lalu berpendapat meletak entri baru itu begitu refreshing~ [konon]. 
Okeh. 
Dah start bosan dah baca ini entri kan? 
Bagus! 
Sekarang kita masuk kepada topik paling best. 
Isu nikah kahwin.

Ahaha, maaf. Saya main-main je. 
[Eh, kenapa muka awak pucat? Tak..saya tak cerita pasal awak la.. hehe. :p]
Ok. 
Tebiat datang lagi. 
Maaf semua. 
Saja-saja je ni.

Dan kata-kata hikmah untuk hari ini adalah…: 
Inilah jiwa kita; pesan Pak Hamka 
Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja, 
Jangan jadi kerdil tapi mesti jadi bisa, 
Jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya, 
Jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya.
Dan ini lebih dalam..mendalam… 
"Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu, telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut." -Pak Hamka-

Assalamualaikum. *senyum sampai telinga* :D

Tuesday, March 13, 2012

*Tipikal


Semua orang ada masalah. Ayat tipikal.
Tapi tak semua orang pandai berhadapan dengan masalah. Ayat tak berapa tipikal.
Tak ada orang kat dunia ini yang boleh memilih masalah mereka sendiri. Tak tipikal.
Tetapi semua orang boleh / ada kemampuan untuk memilih sikap/ sifat yang paling bagus dan paling dipercaya; beriman dalam berhadapan dengan setiap masalah yang ada depan mata. Juga tidak tipikal.
 Ah, mudahnya engkau menulis entri. Tipikal.

Surat al-Ankabut [29]]: 1-3 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."


***********************

"Tolong jangan bagi jawapan tarbiyyah."

Pendek tapi tajam.

"a.K.u rasa ayat a.K.u bukan ayat tarbiyyah" dalam hati.

Akhirnya a.K.u cuma diam.. Fikir..

Antara menyatakan pendapat pada orang yang sedang emosi. 
Atau diam sampai dapat jawapan terbaik, a.K.u pilih diam.

Kenapa harus begitu?
Kenapa harus begini?
Kenapa tiada improvement?
Siapa yang bertanggungjawab?
Siapa?

a.K.u cuba memandang segalanya dari bawah.
Dari perkara dasar.

Terus mencapah keatas. 

Dari apa yang ada dalam hati.
Terus kepada apa yang tergambar pada diri.

Kalau manusia seperti a.K.u, mudah saja.
Mungkin sebab a.K.u yang pilih begini sejak awal-awal lagi.
Dan a.K.u sentiasa bersedia untuk apa sahaja perubahan.
Dengan syarat a.K.u faham kenapa dan bagaimana.
Walaupun a.K.u terfikir-fikir soal improvement diri sejak tadi.
[mungkin sebab a.K.u tak emosi, atau mungkin sebab bukan a.K.u yang banyak tadah telinga dengar masalah orang lain, atau bukan a.K.u yang rajin nak melihat masalah orang lain, atau mungkin bukan a.K.u yang dipilih untuk melihat perkara-perkara tersebut, atau mungkin a.K.u terlalu selesa dengan apa yang a.K.u ada sekarang sampai tak nampak perkara lain depan mata]

Fuh. Faham?

Dan engkau yang melihat, mendengar dan merasa. Tahniah.
Allah pilih kau. Bukan a.K.u
Ni bukan ayat tarbiyyah.
Ni ayat cemburu.
Haha.
Maksudnya kau memang hebat.
Untuk Allah bagi kau fikir perkara-perkara macamni.
Sampai tahap macamni.


a.K.u sendiri sedang mencari-cari jawapan/ cara bagaimana seharusnya a.K.u berfikir tentang apa yang telah ditadahkan selama sejam ke telinga a.K.u tadi. Haha.

Maaf. Tak menjawab soalan. a.K.u sedang tanyakan kepada ramai orang.
Kalau tiba-tiba nama a.K.u naik, tolong sambung TTD a.K.u.. Haha..



:: Alhamdulillah... gembira deh ada menda untuk difikirkan.. :)

Friday, June 18, 2010

Seni & sastera

Bismillah.

Waktu ini
a.K.u cuma mahu mengangkat
Seni dan sastera
Jadi peneman jiwa

"Saat puisi mengangkat makna"




:: Mode Gibran lagi...


[Terima kasih Jihan, buat a.K.u faham bahawa ada tempat untuk a.K.u luah rasa. Biarpun bukan dihadapan kau, di sini cukuplah.]

Sangkaan..

Bismillah.

Ku sangkakan dia kesayangan.
Namun tersilap juga perkiraan.
Rupanya tenang ada di pangkuan Tuhan.

Wallahu'alam.



[Kali ni mode Khalil Gibran lak..huhu]


:: Sweet escape....o..sweet escape.....~

Wednesday, May 19, 2010

Turun-naik dengan laju! terhempas!


[Adam shukri-Tubuh Dalam Jiwa]


Bismillah.

Jiwanya.
Turun-naiknya.
Laju.

Terkadang terhempas.
Lebam sana-sini.

Terkadang terlepas.
Terayun jauh sekali.

Turun-naiknya.
Laju.

****************************************

Bila mereka kata,
'Kau kan ada dia'.

'Ah, siapa dia? semuanya sudah pergi.
Sudah pergi. Tinggalkan aku sendiri.'


Dan berkali-kali.
Jiwanya.
Turun-naiknya.
Terhempas laju.




:: Padan Muka..Ah, mugkin sendiri lebih baik..~

Tuesday, May 19, 2009

'L' ~


Dalam kesibukan (Sibuk ke?) kesana sini, sempat lagi mengodek2 laptop ainun. Tup-tup jumpa cite Death Note. Dari siri 1-3. Waduh, mesti tengok ni.


‘L change the world’. Aku sangat suke karekter ‘L’ dalam cite ni. Dari Death Note yang pertama lagi aku sudah jatuh cinta pada karekter ‘L’. Tak sangka kehidupan ‘L’ akan berakhir dengan kematian ditanganya sendiri. Sedih sungguh bila at the end of the story, ‘L’ kata ‘I hope I can live a little bit longer’…Walaupun kisah ‘L’ ni dah di bagitau awal-awal dia akan mati waktu sekian-sekian, tapi sepanjang menonton, aku tetap harap dia tak mati. Tapi harapan hanya tinggal harapan bila dia tetap mati. Nasib bek dia tak tunjuk time ‘L’ mati. Kalau tak, sedih la aku tengok cite ni yang aku harap sangat adventurous. Huhu.


Aha. Sebenarnya semua tu fantasi semata-mata. Namun aku kekal berminat dengan fantasi sebegitu untuk melatih minda berfikir secara kreatif. Kisah-kisah yang aku tak dapat nak predict ending dia.. Bukan aku nak percaya sangat benda-bernda ni. Sekadar melatih minda & emosi. Huhu. Memang pun aku tak berapa suke menonton cerita-cerita cinta waima ‘Ayat-Ayat Cinta’. Batter for me to watch movies like CSI, Conan (Carton pon ok) that critical & unpredictable. Once you find out the solution/answers before the movie finish, YOU WIN! (n_n)*wink*



Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...