Thursday, April 12, 2012

[Calit-calit]


Saya edit entri lepas sebab adik saya bising-bising –tak-puas-hati..
"Jaga hati kak..jaga hati..kalau bukan hati akak pun, hati orang lain.."
*Dush~ 
"Baik bha...." -.-"

Dari calit kenangan yang berwarna hitam,
Ku cuba tukar kembali warnanya kepada putih,
Dari sisi gelap dan asing,
Terserlah terang bederang dari sisi yang berbeza, 
Dan hidup..
Hidup adalah amanah,
Yang satu-satunya tempat manusia memilih.. 
Hati orang,
Allah jua yang membentuk segala rasa.
Moga ia sesuatu yang terilham dari-Nya.


:: Mekaseh budak tembam~ 

Wednesday, April 11, 2012

Erti Syukur~


Alhamdulillah.

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.
(Al- Baqarah: 165)

Ustat kata, sebagai manusia kena banyak bersyukur.
Dapat nikmat.. syukur.
Dapat ujian pun..syukur..
Alhamdulillah..

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Nahl: 18)
Kata Cikgu Tini & beberapa sifu yang lain:

"Bersabarlah dalam bersabar & bersyukurlah sehingga tidak dapat diukur."

Tuesday, April 10, 2012

Ungku Aziz pesan..


Bismillahirahmanirrahim.

Adat la kan buat kerja mana ada yang mudah.
Yang penting, usaha kita takat mana? 
Tak gitu?
*wink*
“Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk- Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya.”  
(Surah Adz Dzaariyaat, 56-58) 

:: Jangan merungut dengan apa yang engkau pilih.. 

Saturday, April 7, 2012

Peringatan Osem~


Dan ketahuilah bahwa engkau tidak akan meraih apa yang engkau inginkan kecuali apabila engkau lebih mementingkan kesukaan orang lain atas kesukaanmu dan kesenangan orang lain atas kesenanganmu terhadap apa yang kamu suka dan kamu benci. Dan Allah pasti memberikan yang terbaik untukmu.” -Wahid-

Friday, April 6, 2012

Bila dunia berputar


Bismillahirrahmanirrahim.

Serasa-rasa tiga bulan terlalu singkat dalam menilai kembali perancangan-perancangan masa depan. Sambung belajar atau teruskan bekerja (dengan memilih peluang-peluang yang ada) atau berkahwin (yang secara hakikatnya memang tak tahu bila). Tipikal. 
Ya, saya banyak fikir tentang diri sendiri. Sebab diri sendiri ini nanti yang akan menaggung keputusan hidupnya sampai akhir. Sampai akhirat. Allahuakhbar. 

**************************************** 
Kerja 
Tiga bulan mendatang, mungkin..saya ulang..mungkin latar kerja saya akan berbeza dengan sangat drastik. Menyediakan mental untuk perubahan besar, rupanya sangat payah tatkala kita dihadapkan dengan sesuatu yang kita suka namun perlu di tinggalkan untuk sesuatu yang lebih “menjamin”.? Allahu’alam.

“Minat boleh dipupuk?” Kita tengok sahaja nanti. ;) 
Belajar 
Dengan jumlah hutang yang terlalu banyak ‘kosong’ di belakangnya. Kadang-kadang gerun juga. Siapa tidak mahu menyambung pelajaran jika ada peluang. Untuk yang ini, sampai sekarang pun masih samar-samar. Allahu’alam. Doa tanpa putus untuk diberikan peluang satu kali lagi. Ameen.. 
Jodoh 
Walaupun saya kasihan pada Emak dan Bapak yang risau dengan masa depan anaknya tanpa henti. Saya Cuma mampu mintak maaf. Untuk ini saya ‘fail’. 
Saya mungkin berjiwa konservative disaat Emak & Bapak cuba memahami jiwa moden orang muda. “Kalau mahu berkahwin, kahwinlah dengan orang yang kau kenal.” Dan kerana itu jugalah saya jadi penunggu. Macam hantu.
[Bila kenangan menjadi kelam..]

:: Yakin Allah telah susunkan yang terbaik. Moga terlihat lewat lintasan hati yang tenang. Ameen. 

Thursday, April 5, 2012

Learn about Life..


Bismillahirahmanirrahim.

“People want you to be happy.
Don't keep serving them your pain!

If you could untie your wings
and free your soul of jealousy,

you and everyone around you
would fly up like doves.”
― Rumi

****************************
Dan kerana manusia-manusia yang kita kasih.
Dan yang mengasihi kita.
Untuk apa disuakan rasa derita & dukacita?

Hidup dengan emosi yang osem!
Alhamdulillah.
(n_____________n)v


:: mode: aiming~

Tuesday, April 3, 2012

Tiada Tuhan Selain Allah..


Bismillahirrahmanirrahim.

Teruji sedikit.
Jatuh.

Sunguh-sungguhlah dalam meyakini akan Kuasa-Nya Allah itu.
Akan betapa Dia tahu apa yang ada dalam hati hamba-hambanya.
Kita.

Sesungguh-sungguhlah meyakini bahawa Dia tersangatlah Tahu segalanya.

Atas asbab apapun, Dia yang mentakbir & mentadbir setiap takdir.
Pasti semuanya adalah yang terbaik.. 

Jika kita yakin.

Dengan izin Allah..
Dengan izin Allah..
InsyaAllah..


:: Ya Rabb, kunni mutayakkinan..

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...